Friday 13 April 2012

║yes, I am║

Dah lama saya tak buka blog saya sendiri.. tak tahu kenapa hari ni tergerak hati untuk berkongsi sesuatu.. baru-baru ini terjadi sesuatu kepada diri saya.. saya telah di diagnosis oleh doktor mempunyai salivary gland tumor atau pleomorphic adenoma.. tapi alhamdulillah tumor telah dibuang dan saya masih lagi boleh rock & roll.. kira ok la tu kan..

Cerita saya~~~ masa doktor ambil sampel, saya telah dimaklumkan bahawa berkemungkinan saya ada kanser, tapi saya takut nak ceritakan pada sesiapa kerana kemungkinan yang tidak baik.. tetapi semakin hampir dengan hari untuk saya mengambil keputusan tersebut saya telah buat keputusan bahawa saya akan menerima apa sahaja dengan fikiran yang positif.. tibalah harinya doktor beritahu saya cuma ada tumor yang tidak merbahaya dan boleh diubati dengan cara pembedahan.. cuma tumor tu berkemungkinan menjadi kanser kalau dibiarkan terlalu lama dan tidak diubati..

Moral of the story~~~hidup kita sekali jer.. kat dunia la maksud saya.. jadi hiduplah dengan gembira.. ada kanser sekalipun bukan penamat kehidupan kita.. ya.. memang ada sedikit gentar tapi kalau diberi masa beberapa hari pun untuk hidup.. kita boleh buat banyak perkara yang kita mahu.. orang sekarang ni ada masalah sikit mulalah fikir nak bunuh diri sedangkan banyak lagi perkara yang membahagiakan yang belum mereka temui.. saya suka dengan kehidupan saya.. saya tak kisah apa orang nak kata.. yang penting saya tahu apa yang saya buat.. saya suka tolong orang dan saya tak kisah kalau orang lain menyampah dengan saya.. saya bahagia sekarang kerana saya pilih untuk bahagia.. masalah tetap ada tapi masalah apapun bukan penamat untuk kehidupan rock & roll saya..

yes, I am~~~gila, perasan, kalut, rock, skema, cengeng, brutal.. tapi.. saya tetap suka jadi siapa diri saya.. yeahh janji rock beb.. ada aku kesahh.. peace..

No comments:

Post a Comment