Monday 31 October 2011

║AKRAB JBPM║

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam
(AKRAB) Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) telah ditubuhkan pada
November 2009. AKRAB, JBPM merupakan
ahli gabungan AKRAB Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Di awal
penubuhannya, seramai lima (5) warga JBPM
telah ditauliahkan sebagai ahli AKRAB.

Ahli Jawatankuasa AKRAB, JBPM adalah
terdiri daripada semua ahli AKRAB di JBPM
yang diterajui oleh seorang presiden dan
seorang setiausaha. Pelantikan presiden dan
setiausaha adalah melalui pemilihan di
kalangan ahli AKRAB. Jawatankuasa ini
bernaung di bawah Jawatankuasa AKRAB,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan.

Aktiviti AKRAB, adalah untuk memupuk
semangat berpasukan, keakraban, memberi
sokongan dan bimbingan kepada rakan
sekerja melalui perjumpaan perseorangan
atau dalam bentuk berkumpulan (ceramah/
lawatan) dengan konsep rakan membantu
rakan. Adalah menjadi harapan agar semua
aktiviti AKRAB dapat disertai dan
dimanfaatkan oleh semua warga JPBM.

AKRAB, JBPM sentiasa mengalu-alukan
warga JBPM yang berminat untuk menyertai
AKRAB dan sebarang cadangan atau komen
ke arah kecemerlangan bersama.