Wednesday 17 August 2011

║♥ semangat yang hilang ♥║

ALLAH menduga hamba-hambaNya mengikut kemampuan diri kita, untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita kepadaNya, tanpa kita sedari ALLAH telah gantikan sesuatu yang terbaik untuk kita, oleh itu jangan sesekali kita menyesali apa yang sudah pergi dan jangan tangisi apa yang sudah tiada, tetapi jadikan ia sebagai semangat untuk kita bangkit dan semai ketabahan untuk lebih berani menghadapi dugaan yang mendatang...

Friday 12 August 2011

AKRAB


Logo AKRAB


Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Satu Pengenalan
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana dikehendaki dalam PP 18/2005. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Ia diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan perantaraan untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di agensi. Disamping itu, Rakan Pembimbing juga bervisi menjadi penyumbang kepada usaha modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.
AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Tanpa ciri-ciri tersebut, peranan seseorang dalam menjalankan fungsi rakan pembimibing kurang berkesan. AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. Ini bermakna, di dalam perkhidmatan awam, pegawai yang memainkan peranan sebagai rakan pembimbing keseluruhannya akan dikenali sebagai AKRAB.
Maklumat Korporat AKRAB
Visi
Menjadikan AKRAB penggerak Budaya Kerja Kelas Pertama dalam organiasi.
Misi
  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan;
  • Berperanan sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB
Objektif
Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan
Motto
“Berkhidmat Membimbing”
Falsafah
Sebagai ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu : “Bantu Diri Untuk Membantu rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.
Prinsip
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
Peranan
  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling;
  • Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik;
  • Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan; dan
  • Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.
Etika
  • Amanah dan menyimpan rahsia;
  • Menerima dan menghormati orang lain;
  • Memahami batasan dan keupayaan diri;
  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dari pada pelbagai aspek;
  • Melaporkan kepada kaunsleor tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain;
  • Merujuk kes / permasalahan yang rumit kepada pegawai psikologi; dan
  • Memahami peraturan dan etika perkhidmatan awam.

|| 친구야 너무 너무 보고싶어요 ||

친구야 .. 나는 작년에 우리가 무슨 기억.. 우리는 함께 웃으면서우리가 함께 배우게됩니다.. 나 도 Q1 선생님 그리고 Tiara 선생님 보고싶어요... 난 정말 당신이 모두를보고 싶어... 여러분은 모두 사랑해요... mmuuuaaahhhhhhh!!!!! 

Sunday 7 August 2011

║♥ cinta ♥║

♥♥♥ dalam percintaan tiada syarat oleh itu tiada kekesalan, tak apa jika dia tidak bersama atau dia sudah tiada, kerana cinta itu tetap ada, kita tidak jatuh cinta dengan syarat yang dia juga akan jatuh cinta pada kita... cinta ini ibarat hidup kita, ia tidak selalunya senang saja dan ia tak selalu membawa kebahagian, dan jika kita tak berhenti hidup kerananya kenapa perlu berhenti bercinta... cinta itu indah, kenapa perlu salahkan cinta jika menemui kegagalan dengan pasangan... carilah cinta itu kerana tiada yang adil dalam bercinta...

Monday 1 August 2011

║♥ Salam Ramadhan ♥║

hari pertama di bulan Ramadhan.. sangat teruja.. Salam Ramadhan untuk semua dan selamat berpuasa... tengah fikir2 nak makan apa berbuka nanti.. yang pasti hari pertama setiap tahun berbuka bersama keluarga.. hari ni ma kata nak masak sup tulang dan ayam percik.. pasti membuka selera.. ayam percik susah nak dapat kat KL ni.. tapi ada satu tempat kat pasar ramadhan dekat ngan rumah ada jual... memang aku lah pelanggan setia.. hampir setiap hari beli kat situ.. tapi setiap kegembiraan ada duka.. kerana kehilangan orang tersayang di saat umat islam hampir meraikan bulan Ramadhan.. salam takziah untuk keluarga beliau.. dan kehilangan beliau sangat dirasai oleh aku sendiri.. gonna miss him.. Al-Fatihah...