Tuesday 26 July 2011

║♥ banyak keje btol ♥║

selepas seminggu kursus.. hari pertama nak buat kerje.. tak tahu nak buat yang mana dulu... semua nak cepat... hello... saya bukan transformers ok... dengan meeting minggu depan smua nak kena sediakan... butt.. i'm still cool... berita yang paling best hari ni.. kaunselor dah lapor diri kat HQ.. lepas ni ada la rujukan.. and something happens that make me smile all day... hujung minggu lepas pegi tengok wayang kat e@curve... perghh kat sana diaorang buat promosi komic dan games.. soo ramai la yang pakai costume ikut watak komic.... sooo cute and soo hensem.. sempat la bergambar ngan 3 org hero... hensem giler beb...

Saturday 23 July 2011

║♥ nasi kerabu ♥║

sebelum puasa ni ingat nak buat nasi kerabu.. tu pun sebab poktik aznie nak sangat makan nasi kerabu.. maklumlah mengandung anak sulong... alang-alang dah buat.. takkan nak buat sikit-sikit jadi kena la buat lebih.. boleh ajak orang lain sekali... ma pulak tak boleh datang minggu depan.. so kena la buat sendiri... tapi tak pe anak dara ramai.. soh je dorang tido kat  sini.. pastu pakat buat ramai-ramai... so kalau sape-sape rasa nak datang... datang je la.. semua dijemput... boleh memeriahkan suasana...

║♥ impian aku ♥║


Friday 22 July 2011

║♥ cuti cuti di Terengganu ♥║

20 Julai hari cuti kat Terengganu.. memandangkan tiada kursus pada hari tersebut aku keluar jalan2 kat bandar KT dengan Ana dan Shud.. dan Sri Ranjen sebagai driver kami, kunjungan pertama mestilah pasar payang.. lepas beli 2 pasang batik dan keychain kami teruskan perjalanan ke pantai batu buruk, tengok kuda, lepas tu ke muzium, taman tamadun islam dan last sekali ke masjid kristal.. sbb dah sampai ke Masjid jadi Ana tukar nama Sri Ranjen kepada Ahmad.. kenangan yang cukup indah untuk dilupakan.. dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.. bagai masa tak pernah cukup untuk kami.. dan hari terakhir dalam kelas meramahkan kami semua.. dan pastinya aku merindui saat ini.. jumpa lagi kalian bulan depan.. sama sama la kita berkawad ke kelas lagi...

Sunday 17 July 2011

║♥ kursus asas komputer kat akedemi bomba wakaf tapai ♥║

first time datang sini, pelbagai perasaan ada, suka sbb ramai abang2 bomba yang kursus sekali, bosan sebab tak banyak aktiviti, tapi dapat ramai kawan baru yang sporting.. semalam tido tepi tingkap, dapat tengok bulan mengambang penuh, berangan la kejab, kalau terbang vampire yang hensem ke.. lepas tu kira bintang sampai tertidur, jangankan vampire hensem lalu dlm mimpi pun tak muncul.. hampeh...

Thursday 14 July 2011

║♥ rama-rama ♥║

rama-rama.... aku suka serangga ni.. cute, berwarna-warni, boleh terbang bebas.. asal cuma dari ulat tapi membesar menjadi rama-rama yang sangat cantik... aku juga suka matahari.. semua hidupan perlukan matahari.. dan matahari tak pernah padam membakar diri sendiri untuk menerangi semua.. hakikatnya aku cumalah aku yang mencari siapa aku.. AKU yang telah lama hilang.. kerana menganggap semua impian bisa menjadi kenyataan... akhirnya aku hanyut dalam mimpi indah dan bila tersedar harus merangkak untuk bangun kembali...

Wednesday 13 July 2011

║♥ cerita tentang aku dia dan kamu ♥║

masih sedang belajar menulis blog... dan blog ini sekadar untuk berkongsi kisah dan pengalaman ataupun cerita korea yang terbaik.. atau novel terkini yang best... bukan perasan tapi sekadar ingin berkongsi rasa.... janji rock beb.. i like..